KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan aktor, Zarif Ghazzi mengumumkan mengambil tindakan perundangan termasuk membuat laporan polis dan melantik peguam susulan dakwaan salah laku terhadap rakan pelakon wanita yang tular di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi kenyataan dikeluarkan, pihak pengurusan pelakon filem Kudrat 1968: High Council itu turut menegaskan Zarif menafikan dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan dirinya.
Melalui kenyataan, pihak pengurusan aktor itu menyatakan syarikat memandang serius isu berkenaan dan menegaskan Zarif sentiasa mengutamakan profesionalisme serta integriti sepanjang pembabitan dalam industri seni.
"Untuk makluman, Zarif dengan tegas menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan atau mungkin ditafsirkan sebagai merujuk kepada dirinya, sama ada secara langsung, tidak langsung mahupun melalui sebarang bentuk insinuasi.










