KUCHING: Sebanyak 26 daripada 880 projek pembangunan infrastruktur rakyat di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) masih dalam fasa pembinaan di seluruh negara dan dikategorikan sebagai 'projek sakit' setakat 16 November lalu.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, berkata jumlah itu mewakili 2.97 peratus daripada keseluruhan projek dalam pembinaan, manakala 270 projek mendahului jadual dan 311 lagi berjalan mengikut jadual.
Beliau berkata, daripada 26 'projek sakit', dua sudah mencapai kemajuan fizikal 99 peratus, namun masih dalam senarai kerana belum disiapkan sepenuhnya.
"Kalau mahu angka lebih tepat, sebenarnya 24 projek yang betul-betul 'sakit', tetapi kita kekalkan angka 26 kerana dua projek yang sudah 99 peratus siap itu masih mengalami kelewatan.








