SHAH ALAM – Penyanyi Faizal mengakui pernah berasa sedih selain hilang keyakinan diri sebelum membuat keputusan menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Faizal atau nama lengkapnya, Mohammad Faizal Ramly, 42, berkata, semangatnya untuk kembali mewarnai industri hiburan mula pulih selepas ramai peminat berkongsi semula video lamanya ketika menyertai Diari Akademi Fantasia (AF).

Menurutnya, perkongsian tersebut secara tidak langsung memberi gambaran bahawa masih ada peminat yang mengingati dan merindui kemunculannya dalam industri muzik.

“Mungkin sebab mereka sudah lama tidak tengok saya. Sedih juga sebenarnya kerana ketika menyertai GVF, macam-macam persoalan bermain dalam fikiran.