Key takeaways
Bachok: 469kg sosej sejuk Thailand disita di premis Kampung Wakaf Aik, Tawang, semalam. Penyelidikan menunjukkan produk tidak mematuhi label bahasa, dan pemilik premis berusia 25 tahun telah beroperasi selama lapan tahun.
- 469kg sosej Thailand disita di premis Kampung Wakaf Aik, Tawang.
- Produk tidak mematuhi peraturan label bahasa makanan sejuk 1985.
- Pemilik premis berusia 25 tahun telah menjalankan perniagaan sejuk selama lapan tahun.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Bachok: Sebanyak 469 kilogram (kg) sosej pelbagai jenama dipercayai dari Thailand disita dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Wakaf Aik, Tawang, di sini, semalam.
Rampasan berkenaan dilakukan Cawangan Risik Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Bachok menerusi Op Salju Mega.
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Ahmad Radzi Husaain berkata, bertindak atas maklumat, pasukan serbuan menyerbu premis itu pada 10.30 pagi.
"Kita menemui seorang lelaki berusia 25 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis berada di kaunter hadapan.