BACHOK: Sebanyak 469 kilogram (kg) sosej pelbagai jenama dipercayai dari Thailand disita dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Wakaf Aik, Tawang, di sini, semalam.

Rampasan berkenaan dilakukan Cawangan Risik Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Bachok menerusi Op Salju Mega.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Husaain berkata, bertindak atas maklumat, pasukan serbuan menyerbu premis jam 10.30 pagi.

"Kita menemui seorang lelaki berusia 25 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis berada di kaunter hadapan.