KUALA LUMPUR: Pendapatan syarikat asing yang beroperasi di Malaysia mencecah RM64.3 bilion pada suku ketiga 2026, menjadi faktor utama defisit akaun pendapatan primer negara melebar kepada RM41.8 bilion.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkata, defisit itu meningkat RM14.6 bilion berbanding RM27.2 bilion yang dicatatkan pada suku kedua tahun ini.

"Peningkatan defisit ini disebabkan terutamanya oleh pendapatan lebih tinggi yang diperoleh syarikat asing beroperasi di Malaysia," menurut DOSM.

Pada masa sama, pendapatan daripada pelaburan Malaysia di luar negara berjumlah RM25.1 bilion, disokong kegiatan perniagaan dan pelaburan dalam pasaran antarabangsa.