KUALA LUMPUR: Pengendali skuad bawah 16 (B-16) negara, Shukor Adan berharap ribuan penyokong membanjiri Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Muda menjelang aksi terakhir Kumpulan E menentang India pada Kelayakan Piala Asia B-17, Jumaat ini.

Beliau mahu seluruh tempat duduk stadium dipenuhi penyokong bagi menyuntik semangat dan motivasi kepada pemain muda negara yang masih mempunyai peluang untuk memburu tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-17 di Uzbekistan tahun depan.

"Saya mewakili pemain-pemain B-16 ini mengharapkan peminat memberi sokongan kepada kami. Jangan ingat kami tak ada peluang lagi. Insya-Allah, kami masih yakin berpeluang layak ke Piala Asia Uzbekistan nanti.