Kuala Terengganu: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka, khususnya pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.
Menteri Besar Terengganu itu berkata, penghargaan turut diberikan kepada seluruh jentera Barisan Nasional (BN) dan PN, calon yang bertanding, petugas serta sukarelawan yang bekerja keras sepanjang perjalanan pilihan raya berkenaan.
Beliau berkata, setiap usaha, sokongan dan pengorbanan yang dicurahkan semua pihak amat besar nilainya dalam memastikan proses demokrasi berlangsung dengan baik.
"Kesepakatan dan semangat muafakat yang telah dibina antara BN dan PN juga adalah satu pengalaman penting dalam perjalanan politik negara," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook miliknya, malam ini.








