GUA MUSANG: Seorang lelaki warga Thailand ditahan selepas disyaki memiliki pil Yaba bernilai RM3,200 di Kampung Limau Kasturi, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata tangkapan dilakukan kira-kira jam 2.55 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.
Katanya, suspek ditahan di hadapan sebuah bangsal di tepi jalan Kampung Limau Kasturi di sini.
"Hasil pemeriksaan tubuh badan suspek menemukan sejumlah pil disyaki dadah jenis Yaba yang disimpan dalam beberapa bungkusan plastik lutsinar dan tiub straw.









