KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama dan negara ASEAN lain pada Isnin, namun menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan prospek kadar faedah AS yang cenderung kepada pendirian yang lebih ketat.
Pada 6 petang, unit tempatan menyusut kepada 4.0915/0960 berbanding dolar AS daripada 4.0845/0890 semasa ditutup Jumaat lalu.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd. Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata dolar AS terus menerima sokongan kukuh apabila Indeks Dolar AS (DXY) berada pada paras 103.398 mata menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Disember.
"Pasaran niaga hadapan telah menunjukkan bahawa kemungkinan kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas telah meningkat kepada lebih 100 peratus.









