KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini kecoh susulan pantun Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan yang disifatkan berbaur sindiran kepada parti politik.
Pantun dikemukakan Ahmad berbunyi: “Ada banyak lagi janji yang tidak tertunai, saya ada pantun tentang itu. Nak dengar ke tidak?
“Jika tidak mahu kena kencing, sokong Barisan (Nasional) dan Perikatan (Nasional),” katanya.
Beliau mengeluarkan pantun tersebut ketika membahaskan peruntukan Belanjawan 2027 Kementerian Kerja Raya (KKR) di peringkat jawatankuasa ketika menjawab pertanyaan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu).








