KUALA LUMPUR: Bermaz Auto Bhd mengumumkan bahawa XPeng Inc dari China, iaitu pemilik jenama dan pengeluar utama kenderaan XPENG, merancang untuk menyusun semula rangkaian pengedarannya di Malaysia.

Susulan itu, anak syarikat 85 peratus dimilikinya, iaitu Bermaz Xpeng Sdn Bhd (BXpeng) menghentikan operasi XPENG miliknya berkuat kuasa hari ini.

Menurut pengedar kereta itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, kedua-dua pihak yang terlibat kini sedang memuktamadkan terma penamatan perjanjian XPENG dan terma perjanjian sampingan lain.

"Syarikat akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai sebaik sahaja perjanjian pemisahan ditandatangani.