PETALING JAYA – Pemandangan awan tebal dan gelap menyelubungi ruang udara Setia Alam dan kawasan sekitarnya iaitu sebelum hujan melanda tempat tersebut, mencetuskan perasaan mendebarkan dalam kalangan pengguna media sosial.
Suasana tersebut dirakam seorang pengguna Threads Farah Atiqah yang mana pada video dimuat naiknya di platform itu, kelihatan awan gelap dan tebal serta jaraknya seolah-olah dekat dengan kawasan daratan.
Rakaman itu dibuat sebelum maghrib tadi, sebelum difahamkan cuaca hujan lebat sekitar 10 minit di kawasan berkenaan.
“Nampak ‘berat’. Menunggu masa untuk ‘jatuh’,” katanya menggambarkan keadaan awan di tempat tinggalnya.








