Padang Terap: "Mengucap dik, mengucap... ingat Allah," demikian luahan sayu seorang lelaki ketika melihat pemandu sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan nazak selepas kenderaan dipandunya terbabit dalam nahas di Jalan Padang Kerasak, Naka, di sini hari ini.

Lelaki terbabit turut mengajar mangsa mengucap dua kalimah syahadah ketika melihat mangsa dalam keadaan parah.

Video kejadian kemalangan itu tular di media sosial sehingga mengundang perasaan sayu orang ramai yang melihat lelaki berkenaan dalam keadaan berlumuran darah, tetapi masih bernyawa.

Bagaimanapun, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Nerang (HKN).