MANILA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentadbiran kerajaan kekal stabil dan memberi tumpuan penuh kepada pelaksanaan dasar serta tanggungjawab terhadap rakyat, bukannya melayan spekulasi mengenai rombakan Kabinet.Beliau berkata, tiada keperluan mendesak untuk merombak barisan Jemaah Menteri ketika ini, walaupun timbul pelbagai pandangan susulan peletakan jawatan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan."Sekarang kerajaan stabil, dasar dibincangkan secara menyeluruh dalam Kabinet dan saya bekerja dengan menteri daripada pelbagai parti."Kita bekerja, berkongsi, berbincang dan mempunyai pendirian bersama, termasuk dalam isu dua hala, pelbagai hala dan ASEAN yang sensitif," kata Perdana Menteri di sini hari ini.Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan dari 15 hingga 17 November di bawah kepengerusian Filipina, yang bertemakan Navigating Our Future, Together.Menyentuh mengenai peletakan jawatan Anthony, Anwar berkata, beliau menghormati pendirian pemimpin DAP itu yang dibuat atas dasar prinsip, meskipun sebelum ini telah memintanya mempertimbangkan semula keputusan berkenaan."Beliau (Anthony Loke) atas dasar prinsip ini meminta supaya saya terima peletakan jawatan, yang belum saya lakukan. Tapi saya hormat pendirian dia kerana pentingnya itu atas dasar prinsip yang dia pertahankan."Dalam sistem kerajaan campuran di beberapa negara, ini bukan satu keanehan. Bila ada coalition, kadang-kadang pada peringkat Persekutuan berbeza dengan peringkat negeri," kata beliau.Pada 10 November, Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatannya dalam Kabinet berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah bermula pada hari berkenaan.Perdana Menteri berkata, ruang perbincangan politik sentiasa terbuka, termasuk melalui pertemuan rasmi dan tidak rasmi bersama dengan pemimpin parti serta anggota pentadbiran, bagi menangani sebarang perbezaan pandangan.Pada masa sama, Anwar menepis dakwaan yang cuba memperbesar-besarkan kononnya berlaku ketidakstabilan dalam kerajaan, sambil menyifatkannya sekadar agenda kempen politik pihak tertentu."Apa yang digembar-gemburkan itu hanyalah semata-mata agenda berkempen. Namun buat masa ini, kekal pada landasan, teruskan bekerja. Apa yang penting, kita berikan yang terbaik untuk negara ini," katanya.- Bernama
Kerajaan kekal stabil, tiada keperluan rombakan Kabinet ketika ini - Anwar

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan kerajaan stabil dan tidak memerlukan rombakan Kabinet ketika ini.
- Anwar menegaskan kerajaan tetap stabil dan fokus pada pelaksanaan dasar.
- Tiada keperluan mendesak untuk merombak Kabinet walaupun ada spekulasi.
- Anwar menghormati keputusan Anthony Loke meletak jawatan atas dasar prinsip.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kerajaan negeri tiada perancangan khusus bangunkan Pulau Jerejak - Chow
- Free Malaysia Today Tiada keperluan AG diarah menghadap Agong, kata Asyraf
- Utusan Malaysia Kerajaan stabil, tiada keperluan bubar Parlimen
- Utusan Malaysia Tiada keperluan bubar Parlimen, Anwar masih ada mandat
- Sinar Harian Kerajaan kekal stabil, tiada keperluan rombakan Kabinet ketika ini - Anwar (this story)







