Kulim: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati pintu pagar rumah dan keretanya disimbah cat merah selain menerima nota ugutan yang memberi amaran akan membakar kediamannya. dalam kejadian di Taman Sepilai, di sini, hari ini.
Lelaki berusia 41 tahun yang juga operator kilang itu menyedari kejadian ketika pulang ke rumahnya pada jam 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, lelaki berkenaan menemui sekeping kertas yang mengandungi ugutan untuk membakar rumah sekiranya seorang individu (nama orang lain) tidak menghubungi seorang lelaki yang dinyatakan dalam kertas berkenaan bagi menyelesaikan urusan yang tidak dinyatakan.
Beliau berkata, pengadu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang hutang dengan pihak pemberi pinjaman wang dan mengesyaki kejadian itu berpunca daripada kesilapan sasaran memandangkan individu yang dinamakan dalam nota ugutan itu adalah jirannya.









