Manila: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji kepengerusian ASEAN oleh Filipina tahun ini, khususnya dalam memastikan perbincangan substantif mengenai pelbagai isu berkepentingan serantau.

Beliau berkata Filipina telah melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin dalam mengendalikan Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan, yang menghimpunkan barisan pemimpin negara anggota serta rakan dialog blok berkenaan.

"Saya rasa Filipina telah melakukan yang terbaik, selain semua perbincangan yang berlangsung adalah substantif," kata beliau kepada media Malaysia di sini hari ini, ketika ditanya mengenai pengalamannya menghadiri sidang kemuncak tersebut.

Anwar mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan dari 15 hingga 17 November di bawah kepengerusian Filipina, yang bertemakan Navigating Our Future, Together.