Kuala Lumpur: Seramai 2,490 mangsa banjir daripada 786 keluarga masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, setakat jam 9 malam ini.

Jumlah itu meningkat sedikit berbanding seramai 2,437 orang daripada 759 keluarga ditempatkan di 19 PPS yang direkodkan pada jam 4 petang tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri yang terjejas ialah Selangor, Perak dan Sarawak.

Perak mencatatkan seramai 1,248 mangsa daripada 457 keluarga yang ditempatkan di 13 PPS di lima daerah, sekali gus menjadikan ia negeri yang merekodkan jumlah mangsa tertinggi setakat ini.