KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) meluahkan kekesalan terhadap kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan yang didakwa berunsur provokasi ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya (KKR) di Dewan Rakyat hari ini.Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tindakan Ahmad yang menggunakan sesi penggulungan perbahasan untuk menyampaikan perkara berunsur politik dan provokasi adalah tidak wajar, lebih-lebih lagi sebagai anggota kerajaan yang mewakili Kerajaan Perpaduan.Beliau berkata, hampir 29 Ahli Parlimen telah mengemukakan pertanyaan sepanjang perbahasan, namun jawapan yang diberikan tidak menjawab persoalan dibangkitkan dengan baik."Kita nampak bahawa jawapan yang sepatutnya dijawab tidak dijawab dengan baik, tetapi menggunakan platform ini untuk membuat ucapan berunsur politik dan provokasi yang keterlaluan dan ini amat mendukacitakan sebagai sebuah Kerajaan Perpaduan dan tidak seharusnya berlaku sebagai seorang Timbalan Menteri yang mewakili Menteri pada petang ini."Jadi, saya rasa bahawa beliau sepatutnya kalau merasa kerajaan yang ada pada hari ini tidak beliau setujui, maka tinggalkan kerajaan ini," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen hari ini.Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan pula berkata, ungkapan yang dilontarkan Ahli Parlimen Pontian itu pada sesi berkenaan tidak sesuai disampaikan oleh seorang Timbalan Menteri dalam Kerajaan MADANI yang sepatutnya mengambil pendekatan lebih berhemah."Saya selaku Ahli Parlimen dari Johor dan beliau (Ahmad) juga Ahli Parlimen Johor, saya rasa orang-orang Johor ini dari segi bahasanya lebih lunak tetapi tidak apalah kalau beliau merasakan bahawa tidak bersetuju dengan pendekatan yang dibawa pada hari ini, maknanya beliau boleh meninggalkan jawatan itu," katanya.Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, Ahmad sepatutnya mengamalkan prinsip tanggungjawab bersama sebagai anggota pentadbiran kerajaan serta mempertahankan kerajaan dan bukannya menyindirnya ketika sesi penggulungan."Jadi kalau Timbalan Menteri dalam penggulungan beliau mengeluarkan kata-kata sedemikian, menyindir kerajaan yang sedia ada ini, dia sepatutnya letak jawatan. Kalau dia kata begitu, dia sudah tidak profesional, tidak layak lagi sebagai Timbalan Menteri," katanya sambil menegaskan Ahmad wajar meletakkan jawatan sekiranya enggan menarik balik kenyataannya.Turut senada, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mencabar Ahmad supaya meletakkan jawatan dengan segera sekiranya tidak lagi sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan."Saya hendak cabar sahaja Ahmad Maslan ni. Kalau sudah tidak kena selera dengan Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini, saya cabar beliau letak jawatan. Letak jawatan segera. Jangan rasa bongkak, takbur, sombong, ego dengan kemenangan yang kamu peroleh di Melaka," katanya.Terdahulu, Ahmad ketika menggulung perbah
Ahli Parlimen PH kesal kenyataan Ahmad Maslan didakwa provokasi, cabar letak jawatan

Key takeaways
Ahli Parlimen PH menyampaikan kekesalan terhadap kenyataan Ahmad Maslan yang dianggap provokatif semasa perbahasan belanjawan 2027.
- Ahli Parlimen PH mengkritik tindakan Ahmad Maslan yang menyampaikan kenyataan politik semasa perbahasan.
- Aminuddin Harun menyarankan Ahmad Maslan meletakkan jawatan jika tidak bersetuju dengan kerajaan.
- Ahli Parlimen lain turut menyifatkan kenyataan Ahmad tidak sesuai sebagai Timbalan Menteri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Hadi samakan CSA Putrajaya dengan ahli parlimen sebagai pendekatan Dajal
- Harian Metro Ahli Parlimen PH desak Ahmad Maslan letak jawatan
- Malaysiakini (BM) Ahli parlimen PH cabar Ahmad Maslan letak jawatan menteri
- Sinar Harian Ahli Parlimen PH kesal kenyataan Ahmad Maslan didakwa provokasi, cabar letak jawatan (this story)









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNew-Big-Picture-template-16112026-28_618946.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)