Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer berkata, pelbagai inisiatif pengangkutan yang diperkenalkan bukti kerajaan salur manfaat hasil kutipan cukai kepada rakyat. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer mempertahankan pelbagai inisiatif pengangkutan yang diperkenalkan Loke Siew Fook ketika menerajui Kementerian Pengangkutan, sambil meminta kerajaan memperincikan jumlah penerima manfaat di Kelantan dan Terengganu, yang majoriti penduduknya Melayu Islam.
Rayer berkata, pelbagai inisiatif seperti pas perjalanan percuma untuk pelajar sekolah dan orang kurang upaya (OKU), pas bulanan tanpa had serta Pas Mutiara di Pulau Pinang, membuktikan kerajaan menyalurkan manfaat hasil kutipan cukai kepada rakyat.









