Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) tanya berapa banyak peruntukan yang disediakan untuk tingkat keupayaan KTMB akan digunakan bagi menangani isu kecurian kabel.PETALING JAYA: Kerajaan wajar mempertimbangkan pemberian pampasan kepada penumpang yang terjejas akibat kelewatan perkhidmatan tren elektrik (ETS) berpunca daripada kecurian kabel, kata seorang Ahli Parlimen.

Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berkata, penumpang boleh berdepan kelewatan antara satu hingga dua jam, dan kadangkala hanya mengetahuinya selepas perjalanan sudah pun bermula.

"Masalahnya (penumpang) dah masuk dalam tren. Tren itu dah bergerak sampai tengah jalan, (barulah) dimaklumkan oleh kapten ada gangguan komunikasi.