Hakim Ahmad Shahrir Salleh, berkata penamatan itu wajar berdasarkan kepentingan awam dan tidak bergantung kepada bukti rasuah, penyelewengan dana atau pelanggaran kontrak yang khusus.PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan kerajaan menamatkan kontrak projek air RM12.2 juta, sekali gus menolak rayuan kontraktor Hamzah Jaafar (P) Sdn Bhd terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Lim Hock Leng, bersama Evrol Mariette Peters dan Ahmad Shahrir Salleh, sebulat suara mempertahankan keputusan Mahkamah Tinggi lalu memerintahkan syarikat itu membayar kos RM30,000.
Ketika penghakiman dibaca, Shahrir berkata penamatan itu wajar mengikut peruntukan kepentingan awam kontrak, iaitu Klausa 9(o), dan tidak bergantung kepada bukti rasuah, penyelewengan dana atau pelanggaran kontrak yang khusus.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fpdrm1_302389.png&w=480&output=webp&q=85&we)