MELAKA - Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan pengundi sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, setiap undi, doa, teguran dan sokongan yang diterimanya sepanjang tempoh berkempen amat bermakna.Beliau turut menyifatkan pengalaman serta pertemuan dengan masyarakat sepanjang perjalanan kempen sebagai kenangan berharga."Perjuangan untuk Kuala Linggi tidak terhenti di sini. Saya akan terus memperjuangkan kepentingan masyarakat dan membina masa depan yang lebih baik untuk semua."Terima kasih, Kuala Linggi. Melaka Rumah Kita!" katanya menerusi hantaran di media sosial.Sementara itu, keputusan PRN Melaka bagi DUN Kuala Linggi yang dipaparkan di laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Rosli Abdullah daripada Barisan Nasional (BN-UMNO) mengekalkan kemenangan dengan majoriti 4,883 undi.Rosli memperoleh 7,760 undi, manakala Mukhlis mendapat 2,877 undi dan calon Bersama, Dr Nur Farhana Hamzah memperoleh 439 undi.
PRN Melaka: Tewas di Kuala Linggi, Mukhlis Mubin hargai sokongan pengundi
Key takeaways
Calon PH, Mukhlis Mubin menghargai sokongan pengundi dalam PRN Melaka meskipun kalah kepada Rosli Abdullah.
- Mukhlis, 25, mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kuala Linggi.
- Rosli Abdullah dari BN-UMNO menang dengan majoriti 4,883 undi.
- Mukhlis mendapat 2,877 undi, manakala Dr Nur Farhana Hamzah mendapat 439 undi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- New Straits Times Melaka polls: Kuala Linggi PH candidate wants politics driven by service
- Sinar Harian PRN Melaka: Tewas di Kuala Linggi, Mukhlis Mubin hargai sokongan pengundi (this story)
- Free Malaysia Today Pemenang dan yang tewas PRN Melaka









