Ab Rauf Yusoh memimpin BN Melaka meraih kemenangan meyakinkan, manakala Adly Zahari menjadi calon PH paling terkesan dengan kekalahan itu, sekali gus menyebabkan pengarah pilihan raya gabungan berkenaan, Amirudin Shari, terpaksa menanggung akibatnya.PETALING JAYA: Kempen selama dua minggu bagi PRN Melaka ke-16 berakhir dengan satu lagi kemenangan besar buat gabungan Barisan Nasional-Perikatan Nasional (BN-PN), yang dengan mudah memperoleh majoriti dua pertiga dengan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pakatan Harapan (PH) pula terpaksa menerima kekalahan selepas kehilangan satu kubu kuat kepada BN-PN, manakala kerjasama pilihan rayanya dengan Bersatu gagal memberikan impak besar.

Berikut senarai pemenang besar dan pihak yang kecundang dalam PRN Melaka.