Kuala Lumpur: Penyanyi Mimifly dan Mawi tidak menyangka lagu nyanyian mereka menjadi pilihan Presiden Perancis, Emmanuel Macron untuk dijadikan muzik latar pada hantaran media sosialnya sempena lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari.
Menerusi hantaran di Instagram Story masing-masing, kedua-dua penyanyi itu berkongsi keterujaan apabila karya mereka mendapat perhatian pemimpin negara berkenaan.
Mimifly meluahkan rasa tidak percaya apabila lagu Perkasa yang turut menampilkan penyanyi rap, Aman RA dipilih oleh Macron.
Mawi pula turut berkongsi semula hantaran Macron yang menggunakan single terbaharunya, Pawana Pawaka dengan kapsyen bersahaja.








