SHAH ALAM – Seorang remaja perempuan dipercayai hilang selepas keluar untuk membeli roti di sebuah kedai berhampiran kediamannya pada Selasa.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berusia 13 tahun itu pada jam 4.32 petang di Balai Polis Seksyen 9 di sini.Beliau berkata, siasatan awal mendapati remaja terbabit memaklumkan kepada pengadu kira-kira jam 12.01 tengah malam bahawa dia mahu ke kedai bersama seorang anak saudara pengadu dengan menaiki motosikal."Remaja itu dibenarkan keluar kerana kedai berkenaan terletak berhampiran kediaman mereka."Bagaimanapun, kira-kira jam 7 pagi, pengadu mendapati remaja berkenaan tiada di rumah sebelum dimaklumkan bahawa dia keluar semula selepas pulang dari kedai tanpa memberitahu destinasi yang dituju," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, remaja berkenaan kali terakhir dilihat memakai seluar tracksuit berwarna gelap dan baju-T hitam.Ujarnya, remaja itu turut dipercayai menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna ungu dengan nombor pendaftaran NEL 4012."Polis sedang menjalankan usaha mengesan keberadaan remaja berkenaan dan siasatan lanjut masih diteruskan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.Menurutnya, individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Mokhsin Abdul Rahman menerusi talian 011-17554394 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Remaja perempuan 13 tahun hilang selepas keluar beli roti

Key takeaways
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dipercayai hilang selepas keluar membeli roti pada Selasa.
- Remaja itu keluar dengan menaiki motosikal pada tengah malam.
- Pihak polis sedang menyiasat kehilangannya dan mencari keberadaannya.
- Remaja itu dilihat memakai seluar tracksuit gelap dan baju-T hitam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Remaja perempuan maut dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan
- Berita Harian Remaja perempuan maut terjatuh dari tingkat sembilan
- Sinar Harian Remaja perempuan 13 tahun hilang selepas keluar beli roti (this story)








