SHAH ALAM - Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sekali lagi digesa menjelaskan sebab-sebab pemilihan Achi Jaya Plantations dalam urusan pengambilalihan kepentingan Boustead Plantations Bhd (BPlant) bernilai sekitar RM4.3 bilion.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari mendakwa, 73.78 peratus saham Achi Jaya Plantations sepertimana dilaporkan media, dipegang oleh dua syarikat berpangkalan di Hong Kong iaitu Herolite Investment Ltd dan Grand Shine Trading Ltd.Dalam masa sama, Ahmad Fadhli menggesa LTAT supaya mendedahkan pemilik benifisial sebenar di sebalik kedua-dua syarikat berkenaan."Persoalan paling penting adalah mengapa LTAT memilih Achi Jaya Plantations bagi mengambil alih BPlant dalam transaksi RM4.3 bilion sedangkan menurut laporan media, 73.78 peratus sahamnya dipegang oleh dua syarikat berpangkalan di Hong Kong."Siapakah pemilik benefisial sebenar di sebalik kedua-dua syarikat tersebut?"LTAT perlu menjelaskan asas atau sebab kepada pemilihan, pemilik sebenar dan kedudukan kewangan berhubung isu ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas mengulangi gesaannya kepada LTAT kerana Achi Jaya Plantations hanya syarikat operasi perladangan berskala kecil, namun mampu mengatasi dua lagi entiti besar yang turut bersaing dalam proses berkenaan iaitu SD Guthrie Bhd dan Tradewinds Plantation Bhd.Sebelum ini, media melaporkan LTAT memilih Achi Jaya Plantations untuk mengambil alih BPlant.Pemilihan itu turut menarik perhatian kerana SD Guthrie merupakan antara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia.Setiausaha Kehormat Persatuan Veteran Kaum Cina Angkatan Tentera Malaysia (MACVA), Tony Ho Weng Kong berpandangan bahawa keputusan yang dibuat LTAT perlu diteliti bagi memastikan ia tidak menimbulkan masalah kepada pemegang saham pada masa depan.Sebagai makluman tambahan memetik laporan Dagang News, Achi Jaya Plantations yang diperbadankan pada 10 Februari 2001 dengan nombor pendaftaran 200101003116 (538814-H) menjalankan kegiatan perladangan dan pengilangan kelapa sawit, selain mempunyai kepentingan dalam perniagaan pengurusan serta pengoperasian hotel.Dari segi prestasi kewangan, Achi Jaya Plantations dilapor mencatatkan hasil sebanyak RM173.43 juta bagi tahun kewangan 2020, dengan keuntungan bersih RM41.35 juta, menurut laporan The Edge yang merujuk rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).Dalam sektor perladangan, dokumen pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada November 2025 merekodkan kawasan tanaman sawit seluas 11,702 hektar (28,916 ekar) dalam skop audit Achi Jaya Plantations, merangkumi Sungei Gerchang Estate, Johore Labis Estate dan Claire Estate di kawasan Chaah, Johor.
Pas terus tuntut LTAT dedah pemilik benifisial sebenar Achi Jaya

Key takeaways
Ahmad Fadhli Shaari mendesak LTAT menjelaskan sebab pemilihan Achi Jaya Plantations dalam pengambilalihan Boustead Plantations bernilai RM4.3 bilion serta mendedahkan pemilik sebenar di sebalik syarikat tersebut.
- Ahmad Fadhli mendakwa 73.78 peratus saham Achi Jaya dipegang oleh dua syarikat berpangkalan di Hong Kong.
- LTAT digesa mendedahkan pemilik sebenar dan asas kewangan di sebalik pemilihan Achi Jaya.
- Achi Jaya dipilih walaupun berstatus syarikat kecil, mengatasi pesaing SD Guthrie dan Tradewinds.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Ahli Parlimen BN tuntut kerajaan dedah formula premium tanah RM1,000 KLSCAH
- Berita Harian LTAT digesa dedah pemilik sebenar Achi Jaya
- Sinar Harian Pas terus tuntut LTAT dedah pemilik benifisial sebenar Achi Jaya (this story)





