SHENZHEN – ASEAN sepakat menyatakan pendirian untuk mengekalkan keseimbangan dan dalam masa yang sama terus berkerjasama rapat dengan Amerika Syarikat (AS).Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah disampaikan kepada Presiden AS, Donald Trump ketika Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat di Manila pada Selasa. "Kami berbincang bahawa ASEAN perlu bekerjasama dan mengemukakan pendirian yang sama kepada Presiden Donald Trump, iaitu ASEAN mesti kekal memelihara kepusatannya serta terus bekerjasama," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucapan sempena Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC 2026 di Shenzhen, China pada Rabu. Kemuncak lawatan kerja itu adalah pada 19 November apabila Anwar dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC ke-33.Perdana Menteri juga bakal mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan rakan sejawat daripada ekonomi anggota APEC bagi membincangkan isu berkepentingan bersama.Selain itu, Perdana Menteri dijadualkan mengadakan pertemuan dua hala dengan Xi pada 20 November bagi memperkukuh kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan, serta projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Perbincangan turut merangkumi sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional, ekonomi digital, kecerdasan buatan, semikonduktor, pelancongan serta kerjasama pelabuhan.Perdana Menteri juga akan berinteraksi dengan peneraju industri utama menerusi Dialog Perdagangan dan Pelaburan Peringkat Tinggi Malaysia-China anjuran Majlis Perniagaan Malaysia-China.