TAWAU - Tangisan isteri kepada bekas pegawai Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ketika menceritakan dakwaan bahawa dirinya diarahkan berbogel, dipukul dan ditampar sepanjang tempoh tahanan reman mencetuskan suasana sebak semasa prosiding saman sivil RM190 juta berlangsung di Mahkamah Tinggi di sini.Vivien Fabian, 38, yang merupakan satu-satunya plaintif awam dalam saman berkenaan bersama enam bekas pegawai dan anggota perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), menangis ketika memberikan keterangan di kandang saksi.Keterangannya turut menyentuh perasaan peguam dan orang awam yang hadir apabila beliau mendakwa anak-anaknya dibawa untuk dilihat melalui cermin gelap sebagai tekanan supaya mengaku terbabit dalam kes pembunuhan pemandu e-hailing, Nurman Bakaratu, tiga tahun lalu.Vivien mendakwa kejadian itu berlaku ketika beliau disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dengan kehadiran dua pegawai polis, masing-masing seorang wanita dan seorang lelaki berketurunan India.Dakwanya, pegawai wanita berkenaan kemudian mengarahkannya menanggalkan pakaiannya."Pada mulanya saya diminta mengaku dan dipaksa berada di tempat kejadian yang dimana kes pembunuhan berlaku di ladang kelapa sawit, tapi saya tidak mahu kerana saya memang tidak terbabit dalam kes pembunuhan mangsa."Sepanjang reman, saya diugut, dipaksa dan mereka (pihak polis) menggunakan anak-anak saya dan memberi saya peluang melihat anak saya dari cermin gelap dan saya tahu mereka membawa anak-anak untuk memberi tekanan kepada saya."Saya kemudian dibawa bertemu suami saya (John Kennedy Anak Sanggah) di bilik soal siasat dan saya tengok ada kertas putih yang terletak di atas meja, mereka mahu saya menghafal apa yang ada dalam kertas berkenaan."Saya tidak mahu mengikut arahan kerana saya tahu apa yang ada dalam kertas itu ialah bahawasanya saya dan juga rakan-rakan (plaintif) yang lain berada di tempat kejadian iaitu untuk membunuh Nurman Bakaratu."Saya membuka baju saya satu persatu sampailah saya bogel habis dan saya diarahkan mencangkung sambil menghadap ke arah dinding," katanya.Vivien berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan peguamnya, Datuk Ram Singh, dalam pemeriksaan utama berhubung dakwaan beliau diarahkan berbogel semasa dalam tahanan reman.Beliau menjelaskan bahawa dirinya tidak membantah arahan menanggalkan pakaian kerana takut dan tidak mengetahui tindakan yang mungkin dikenakan terhadapnya sekiranya ingkar.Malah, beliau tidak pasti sama ada pegawai polis lelaki berkenaan masih berada di dalam bilik ketika itu memandangkan beliau diarahkan menghadap ke arah dinding.Vivien turut mendakwa pegawai lelaki terbabit menutup matanya menggunakan pelitup muka sebelum menampar bahagian telinganya dengan kedua-dua belah tangan."Selepas itu, pegawai wanita itu kemudian mengarahkan saya menghadap ke arah pintu sebelum memukul bahagian belakang badan kira-kira 10 hingga 15 kali," jelasnya.Ketika ditanya sama ada beliau membuat laporan polis berhubung kejadia
'Saya dipukul, diarah berbogel semasa direman' - Isteri bekas pegawai ESSCOM menangis ketika beri keterangan di mahkamah

Key takeaways
Isteri bekas pegawai ESSCOM, Vivien Fabian, menangis ketika memberi keterangan dalam saman sivil RM190 juta di Mahkamah Tinggi Tawau. Beliau mendakwa dipukul, diarah berbogel dan diberi tekanan dengan menunjukkan anak-anaknya semasa tahanan reman.
- Saman sivil bernilai RM190 juta melibatkan tujuh plaintif termasuk Vivien Fabian di Mahkamah Tinggi Tawau.
- Vivien mendakwa diarah menanggalkan pakaian dan dipukul oleh pegawai polis semasa disoal siasat di IPD Tawau.
- Beliau mendakwa anak-anaknya dibawa untuk dilihat melalui cermin gelap sebagai tekanan supaya mengaku terbabit dalam pembunuhan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SINAR HARIAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian 'Saya dipukul, diarah berbogel semasa direman' - Isteri bekas pegawai ESSCOM menangis ketika beri keterangan di mahkamah (this story)





