GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan terus memperjuangkan tuntutan supaya sekurang-kurangnya 20 peratus hasil cukai yang dipungut di negeri itu dikembalikan semula bagi membiayai keperluan pembangunan serta kepentingan rakyat.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata tuntutan itu bukan sahaja membabitkan pengagihan hasil yang lebih adil, malah turut merangkumi hak dan fleksibiliti kerajaan negeri menentukan keutamaan serta mengurus perbelanjaan peruntukan berkenaan.

Beliau berkata pendekatan itu penting bagi memastikan peruntukan yang diterima dapat diselaraskan dengan perkembangan ekonomi, keperluan setempat dan kepentingan rakyat.

"Kerajaan negeri menghargai kelulusan peruntukan berbilion ringgit oleh Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan di Pulau Pinang.