Tokyo: Panda merah berusia 23 tahun diiktiraf Rekod Dunia Guinness (GWR) sebagai panda merah paling tua di dunia yang dipelihara di zoo, lapor Kyodo News.

Menurut zoo, panda merah jantan bernama Futa yang ditempatkan di Taman Zoologi Chiba, wilayah Chiba, berusia 23 tahun 135 hari pada 17 November lalu, bersamaan lebih 100 tahun dalam kiraan usia manusia.

Rekod terdahulu dipegang seekor panda merah di sebuah zoo di Montana, Amerika Syarikat (AS), yang hidup selama 21 tahun 265 hari.

Difahamkan, Futa dilahirkan pada 2003 di sebuah zoo di wilayah Shizuoka, tengah Jepun, sebelum dipindahkan ke zoo Chiba pada tahun berikutnya bagi tujuan pembiakan.