Kuala Lumpur: Isu peningkatan ancaman siber pada masa kini bukanlah satu masalah khusus kepada Malaysia, sebaliknya ia adalah cabaran global yang turut membelenggu negara-negara lain di seluruh dunia.
Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Ir Dr Megat Zuhairy Megat Tajuddin berkata, perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) mengubah landskap keselamatan siber secara drastik.
Menurutnya, keupayaan teknologi kini membolehkan penjenayah siber melancarkan serangan secara serentak terhadap pelbagai organisasi hanya melalui satu arahan sekali gus meningkatkan skala, kelajuan dan intensiti serangan di peringkat global.
"Berhubung insiden keselamatan siber yang mengaitkan institusi perbankan baru-baru ini, saya ingin menjelaskan bahawa kejadian berkenaan hanyalah insiden pengubahsuaian paparan yang menyasarkan laman web korporat bank berkenaan.









