A Kadir Jasin menggesa pihak berkuasa menyiasat jejak wang (money trail) RM50 juta yang digunakan untuk membayar denda bekas perdana menteri Najib Razak bagi memastikan sumber dana itu dikenal pasti.
Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu, siasatan wajar dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia.
Katanya, siasatan itu perlu dijalankan tanpa mengira sama ada pembayaran denda berkenaan dibuat oleh Umno atau pihak lain.
“Pihak-pihak berkuasa seperti SPRM, PDRM, LHDN dan Bank Negara wajar menyiasat bagi memastikan jejak wang (money trail) RM50 juta itu,” katanya dalam tulisan terbarunya di media sosial hari ini.
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F02%2F7ad88ab6848f3c7982cf74064ace88f2.jpg&w=900&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FTrumpandDanaWhiteintheSpotlight_435224.png&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmahfuzz_573851.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2F889%2Fabduhh_916134.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F05%2F6b0081a8492680fced54b7b74c6f0b3a.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F324342324324342342b_869807.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
%2Ffile%2Fattachments%2F889%2FJoyfulPodcastConversationwithShureMicrophone_857516.png&w=480&output=webp&q=85&we)



