PETALING JAYA – Panas, panas. Demikian jawapan ringkas salah seorang pekerja di pusat sembelihan yang tidak memakai baju ketika serbuan oleh Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang (Surplus).

Serbuan tersebut dilakukan dibeberapa premis sekitar Pasar Pudu, Kuala Lumpur bersebelahan sebuah restoran kontroversi sebelum ini.

Menerusi perkongsian di aplikasi Threads, seorang pengguna dikenali sebagai AbeOabe berkata, serbuan oleh Surplus itu telah membongkarkan ‘sisi gelap’ pusat sembelihan ayam di kawasan berkenaan.

“Mana KKM (Kementerian Kesihatan dan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur? Pekerja warga asing Bangladesh buat kerja potong ayam tak pakai baju,”tulis individu terbabit.