KUALA LUMPUR: Ketidakpatuhan prosedur penyembelihan mengikut syarak dan tahap kebersihan premis dikesan dalam operasi bersepadu yang turut membawa kepada penahanan 22 individu di sebuah premis penyembelihan ayam di Jalan Tun Razak, di sini.

Operasi itu dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan (KKM) serta Jabatan Imigresen Kuala Lumpur susulan aduan tular.

KPDN Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, hasil pemeriksaan mendapati berlaku ketidakpatuhan terhadap aspek penyembelihan mengikut syarak dan kebersihan premis.

Menurutnya, susulan itu tindakan sudah diambil oleh agensi berkaitan, termasuk penahanan 22 individu oleh JIM Kuala Lumpur.