BARCELONA: Barcelona berdepan kemungkinan kehilangan khidmat pertahanan muda, Pau Cubarsi menjelang aksi La Liga menentang Villarreal, Ahad ini, selepas pemain itu mengalami kecederaan pinggul ketika mewakili Sepanyol.
Kelab juara Sepanyol itu mengesahkan Cubarsi mengalami masalah pada otot fleksor pinggul ketika membantu negaranya dalam kekalahan kepada England pada aksi Liga Negara-Negara, Ahad lalu.
Pemain berusia 19 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada waktu rehat selepas Sepanyol mengalami kekalahan kompetitif pertama sejak 2023.
Dalam satu kenyataan, Barcelona memaklumkan tahap pemulihan Cubarsi akan menentukan sama ada dia mampu diturunkan ketika menentang Villarreal di laman sendiri.








