MADRID: Sepanyol kehilangan khidmat dua tonggak utama, Lamine Yamal dan Mikel Oyarzabal menjelang aksi Liga Negara-Negara menentang Republik Czech, Khamis ini.
Persatuan Bolasepak Sepanyol (RFEF) mengesahkan kedua-dua pemain itu tidak akan menyertai pasukan bagi perlawanan berkenaan atas faktor kesihatan.
Yamal yang mewakili Barcelona mengalami ketidakselesaan pada lutut kanan selepas membantu pasukannya menewaskan Atletico Madrid 2-1 dalam aksi La Liga, Ahad lalu.
Sementara itu, penyerang Real Sociedad, Oyarzabal masih dalam proses pemulihan selepas mengalami jangkitan selesema.









