Kementerian Pertahanan disyorkan memperkukuh pemantauan kemajuan projek kapal tempur pesisir, termasuk penetapan pegawai bertanggungjawab dan tempoh penyelesaian bagi setiap isu kritikal sehingga projek berjaya disempurnakan.

KUALA LUMPUR: Setakat 25 Jun lalu, kelewatan kemajuan projek kapal tempur pesisir (LCS) adalah 7.55% dengan kelewatan antara 30 hingga 108 hari, menurut Jabatan Audit Negara (JAN).

Dalam kenyataan mengenai Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2026 hari ini, JAN memaklumkan kelewatan itu memberi risiko kepada Physical Hand Over (PHO) terawal LCS 1 yang dijadualkan pada 26 Ogos lalu atau sasaran baharu pada 26 Dis ini.

"Sekiranya PHO dilaksanakan pada kedua-dua tarikh tersebut, LCS 1 akan diserahkan tanpa mencapai keupayaan penuh kerana latihan serta sistem persenjataan belum disempurnakan.