PETALING JAYA: Wakil rakyat kerajaan dan pembangkang menggesa siasatan menyeluruh dilakukan berhubung kelewatan projek kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), termasuk menerusi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Ketika membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2026 di Dewan Rakyat, Ahmad Amzad Mohamed (PN-Kuala Terengganu) menyokong cadangan Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) supaya kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat projek berkenaan.
Ahmad berkata sama ada melalui RCI atau mekanisme lain, siasatan mendalam perlu dilakukan memandangkan projek itu membabitkan dana awam dalam jumlah besar.








/file/attachments/orphans/AyeshaSheikMazrul2_861393.png)