KUALA LUMPUR: Lapan Ahli Parlimen kerajaan hari ini menerima memorandum daripada kumpulan alam sekitar, Greenpeace Malaysia, yang menggesa tindakan diambil terhadap syarikat-syarikat Malaysia yang dinamakan dalam penemuan mengenai firma yang didakwa mempunyai kaitan dengan jerebu rentas sempadan.
Ahli Parlimen berkenaan ialah Dr Kelvin Yii (Bandar Kuching), Young Syefura Othman (Bentong), Khoo Poay Tiong (Kota Melaka), Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera), R Yuneswaran (Segamat), Tan Kar Hing (Gopeng), Tan Hong Pin (Bakri) dan Hassan Karim (Pasir Gudang).





