Di Singapura, vaksinasi Covid-19 telah ditawarkan di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan (NVP) sejak 2020 bagi memudah cara pengambilan vaksin semasa wabak.

SINGAPURA: Singapura akan memasukkan vaksinasi Covid-19 ke dalam Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan (NCIS) dan Jadual Imunisasi Dewasa Kebangsaan (NAIS) bermula 12 Okt.

Kementerian Kesihatan dan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan, vaksinasi Covid-19 telah ditawarkan di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan (NVP) sejak 2020 bagi memudah cara pengambilan vaksin semasa wabak.

"Memandangkan Covid-19 akan terus menular dan menimbulkan risiko penyakit teruk, terutamanya dalam kalangan warga emas dan individu berisiko dari segi kesihatan, vaksinasi Covid-19 akan ditambah ke dalam NCIS dan NAIS bagi memastikan vaksin itu kekal mudah diakses dan berpatutan untuk orang ramai," menurut kenyataan itu pada Rabu.