PETALING JAYA – Belum sempat menarik nafas selepas seharian di set penggambaran, pelakon Azhan Rani terpaksa ‘berkampung’ di balai polis gara-gara dompetnya yang mengandungi kad pengenalan (IC) didapati hilang mungkin tercicir sewaktu bekerja.
Azhan, 50, berkata, insiden yang dipercayai berlaku ketika menjalani penggambaran di Pasar Kajang pada Isnin lalu itu merupakan kehilangan IC yang ketiga dalam tempoh tidak sampai tiga bulan.
“Cerita semalam, dompet aku dalam beg silang hilang lagi. Kali ini dekat set penggambaran di Pasar Kajang.
“Aku tak perasan bila hilang sebab tak buka beg itu. Kunci kereta dalam itu pun aku tak keluarkan sebab sensor saja. Asal dekat boleh saja start,” katanya menerusi perkongsian Instagram.








