Kuala Lumpur: Sebagai belanjawan pertama sejak pelancaran Dasar Perumahan Negara dalam tempoh 10 tahun lepas, Belanjawan 2027 dilihat berperanan penting dalam meningkatkan penawaran perumahan secara ketara selain menangani cabaran berterusan yang dihadapi pasaran perumahan Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Juwai IQI Kashif Ansari berkata, Belanjawan 2027 akan menjadi asas kepada lapan lagi belanjawan yang akan dibentangkan selepas ini.
Katanya, perancangan berasaskan data, kaedah pembiayaan baharu, teknik pembinaan canggih serta sasaran penawaran perumahan baharu yang bercita-cita tinggi merupakan sebahagian daripada komponen dalam Dasar Perumahan Negara yang dijangka menerima peruntukan menerusi Belanjawan 2027.






