SETIU – Seorang pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) maut selepas kereta Proton Wira dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Persona di Kilometer 44, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu berhampiran Sungai Tong, di sini, semalam.
Dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang itu, mangsa, Zulkefli Daud, 72, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Zahril Asri Mohd. Zain berkata, sewaktu kejadian, kereta Proton Wira dipandu lelaki warga emas dikatakan dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari rumahnya di Kampung Jeli Seberang, Jeli, Kelantan.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira dipandu mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.









