JAKARTA – Seorang lelaki ditahan kerana menanam pokok ganja di bumbung rumahnya di Bandung, wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Detik hari ini.

Ketua Polis Bandung, Pesuruhjaya Kanan Dedi Supriyadi berkata, benih-benih ganja itu berasal di negeri California semasa suspek dikenali sebagai RA, 55, bekerja di Amerika Syarikat (AS).

Pemeriksaan ke atas kediaman RA membawa kepada penemuan 27 pasu tanaman ganja pelbagai saiz, daripada benih yang baru ditanam serta pokok yang subur dan sedia untuk dituai.

“Saya belajar kaedah penanaman pokok ganja itu dengan menonton video di YouTube dan mengamalkannya semasa di AS,” kata RA.