Kuala Lumpur: Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, 32, mengakui tidak pernah tahu perancangan suaminya, Syed Saddiq, 34, dalam luahan ucapan tulus bagi mempertahankan dirinya yang menerima pelbagai kecaman.

Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang berkata, selama seminggu bergelar suami isteri, dia melalui kehidupan berkeluarga yang gembira dan bahagia serta kasih sayang daripada keluarga mentua.

"Saya memang tidak tahu apa-apa mengenai luahan suami dalam ucapannya itu untuk mempertahankan saya. Terima kasih saya ucapkan dan bersyukur kepada Allah mempertemukan jodoh kami. Dia juga dapat terima saya dan anak-anak.

"Sekarang saya sangat lega apabila tidak lagi bersendiri menghadapi apa sahaja dugaan yang datang kerana sudah ada seseorang di sisi iaitu suami saya, Syed Saddiq. Saya memang terkejut dan sebak dengan luahan ucapan itu.