TIDAK pernah memasang niat untuk mengejar trofi, itu antara pegangan yang menguatkan langkah Ratu Rock, Ella Aminuddin dalam terus tekun mengatur langkah dalam dunia seni tanah air. 

Diangkat sebagai penerima Anugerah Sri Wirama pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-25 baru ini, Ella bagaimanapun menyifatkan penghargaan tersebut cukup bermakna selepas lebih empat dekad berkecimpung dalam dunia seni suara.

Pemilik nama lengkap Nor Zila Aminuddin itu mengakui tidak pernah menyangka perjalanan panjangnya sebagai anak seni, termasuk menghasilkan karya dan menghiburkan peminat, akhirnya membawa kepada pengiktirafan sedemikian.

“Saya terharu dan bersyukur. Sebagai insan yang kecil, apabila menerima anugerah ini, sudah tentu saya berterima kasih kerana karya dan muzik saya diterima di hati peminat.