SEREMBAN - Tempoh reman suspek kedua yang berusia 16 tahun dalam siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah pada 25 September disambung hingga 9 Oktober.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Mustafah Hussin berkata, reman terhadap suspek pertama yang juga berusia 16 tahun pula hingga Khamis ini."Setakat ini siasatan masih diteruskan. Tiada penemuan baharu dan kita masih menunggu laporan keputusan makmal," katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.Sebelum ini, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, sebanyak 69 keterangan direkodkan selain lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua suspek tersebut.Pada 25 September, mangsa yang berusia 14 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia.Siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama
Pelajar maut di asrama: Reman suspek kedua disambung hingga 9 Oktober

Key takeaways
A 16-year-old suspect in a murder investigation in Kuala Pilah will be remanded until October 9. The investigation is ongoing with no new findings.
- A 14-year-old student died on September 25 after being found unconscious in a dormitory.
- The student was taken to Hospital Tuanku Ampuan Najihah in Kuala Pilah.
- 69 statements have been recorded in the investigation.
- Five students have accused one of the suspects of bullying them.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Pelajar maut di asrama: Reman suspek kedua disambung hingga 9 Oktober (this story)
- Free Malaysia Today Suspek kedua kes bunuh pelajar di Kuala Pilah disambung reman








/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/02/cf0667319e5a2e446ce8e866bd734b5f.jpg)