Kuala Lumpur: Seorang remaja yang menghidap penyakit Tetralogy of Fallot atau injap jantung tersumbat memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung kos prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Mohd Rozaimi Zahari, 42, berkata, anaknya, Muhammad Azim Al-Mu-Izz Mohd Rozaimi, 16, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kutan, Tumpat, Kelantan, memerlukan kira-kira RM50,000 untuk menampung prosedur rawatan itu.

Menurutnya, dia hanya mengetahui penyakit anaknya itu pada tahun 2024 selepas melihat keadaan fizikal Muhammad Azim.

Dia yang bekerja sebagai buruh berkata, muka anaknya dilihat bengkak selepas bangun daripada tidur menyebabkannya dia membawa Muhammad Azim mendapatkan rawatan di hospital.