Kuala Lumpur: Sebanyak 23 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 1.30 tengah hari, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 171.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan lapan kawasan dengan bacaan tidak sihat, termasuk Pasir Gudang, Kota Tinggi (170), Pengerang (165), Larkin (160), Batu Pahat dan Tangkak (154) serta Kluang (139).
Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan tidak sihat di Seremban (166), Nilai (163) dan Port Dickson (153).
Di Pahang, Balok Baru, Kuantan merekodkan bacaan IPU 161, diikuti Rompin (156) dan Indera Mahkota, Kuantan (123).









